Friday 29 July 2016

Afrah Kindergarden Story

Salam semua,

Post ni yaya tujukan pada cik Afrah kesayangan untuk tatapan di hari tua nanti..huhuk..& review about taska yang dia duduk skang ni..

Sebab kalau tak conteng kat sini nanti mama lupe..see..byk mama miss story pasal awak..

Ok..xmoo bebel..jom kite cite..
(Notes: Post ni Akak diupdate day by day)

1st day (29 july 2016)
- Mama htr afrah jam 8pagi sebab mama kene sign agreement keje..n masa htr..afrah happy sgt..dpt jmpa kawan2..

-Alhamdulillah, Allah makbulkan doa mama nak keje nk bg awak duk school..Sebab awak suka bkawan..kawan ngan mama kat rumah xbest...sbb mama mudah stress..tambah2 awak suke buat mama penat dengan tumpahkan air almost 3-5times...makan sepah2..n so on..(sorry mama cant handle it)..huhu..
-mama pick up awak jam 6ptg..awak comel sgt...pakai dress..cikgu2 n kawan2 geram dengan kecomelan awak.

-tapi awak da start perangai lain da..sampai je rumah awak garang..marah2 mama..n nak dukung je..
-mama terkejar2 buat susu..mcm awak lapar susu je..so bila bg..9oz sekali sedut..lapo sgt awak ni..ckigu ckp dia bsiap jam 4lg..
-Apa yg mama terkejut...awak tido 3 jam cikgu ckp..maybe jadual taska cmtu..sbb biasa afrah jrg tido kat rumah pgasuh lama
-baju juz guna 1je..mama kirim 3 set baju..(jimat mama basuh baju..tp anak mama xtukar baju ke?gulp..ke pakai pampers je kat taska?)
-so far tu je review..

30 July 2016
*Afrah nanges je keje...n sgt garang...nk lap after mandi pon tak boleh..
*kuar makan kat restoren gulai panas..masa nunggu order..smua baraag atas meja die campak ke bawah..
*papa pon stress nengok awak...nanges je..tak tahu nk buat ape
*malm tu mama cuba ckp elok2..n Afrah sebut2..kakak..kakak...hurm..
#
*Adakah ni kes rindu taska??

31 July 2016 Ahad
*jam 6.30 mama htr bantal tempahan oleh kawan mama di ukm..
*after that, g jln2 di Bangi Gateway..awawk seronok sgt main kat arcade tu..
*masa awak exited lari menuju ke kuda-kuda tu..awak Jatuh..
*bengkak kuat sgt...mama panic Dah..nanges..terus beli balm tropika rm39.90..letaj terus kat dahi awak..
*sorry mama xsempat kejar awak...

2nd day (1st August 2016)
-Hari ni first day mama masuk keje. Afrah ok je time hantar ke taska. So smooth.
-Balik kerja awak macam2 ragam. Maybe nak perhatian dari mama. Mama penat sebab baru nk sesuai diri masuk keje. Dah 3 bulan tak mengadap komputer lelama. sakit pingang..

3rd day (2 August 2016)
-Pagi ni papa & mama hantar Afrah, Afrah da start nanges tak nak g taska. Hati mama resah sangat terpaksa tinggalkan awak. Tapi tym ni cikgu mimi dapat pujuk awak.
-Baliknya mama ambil. Cikgu cakap Afrah da start pukul kawan2 sebab jealous. Tak bagi kawan2 dekat ngan cikgu.

4th day (3 August 2016)
-Hari ni mama 7.30pagi dah kene gerak sebab ada appoinment dengan pemeriksa dalam (Dr Siva) UKM. Untuk sahkan pembetulan tesis mama.
-So gerak awal, mama & papa hantar awak. Once again awak nanges tak nak duk taska. Nak ikut mama. (Biasanya Afrah tak macam ni, dia sangat friendly. Tambah-tambah kawan ramai..Hmpph..)
-Balik keje. Mama lewat sikit. so papa amek awak.
-Malamnya, mama nak beli pampers baru sebab HUGGIES DRY PANTS buat awak ruam. So beli FITTI balik.
-Masa kat MYDIN awak muntah atas baju papa masa mama tengah cari pampers.
-After beli pampers & sedikit barang dapur, mama & papa makan kat kedai mamak tu. Start dari situ awak meragam. Makan gula2 pon buat main, Biasanya kalau gula-gula tu, satu plastik boleh habis kalau mama xsorokkan.
-Balik rumah Afrah start muntah banyak sangat. 2x tukar cadar.
-2x muntah atas lantai. (kuantiti banyak)
-Malamnya mama risau sangat. Sebab kepenatan basuh kain2 muntah awak mama & awak tertido.

5th day (4 August 2016)
-Harini, pagi2 awak dah muntah.
-mama kene kerja, so da pesan kat cikgu mimi if afrah berak + muntah sila call.
Masa kerja mama tak dapat fokus. Dah la ni first time handle kje. 3kali mama buat mistakes. uwaa..
-Balik keje. Papa jemput awak. Buat naik motor.
-Balik je mama terkejut. Tangan awak kene cakar sebab gaduh ngan kawan2.

- Malamnya papa ajak dinner kat luar. Tapi mama decide nak masak.
-Balik je awak berak.
-Balik tu macam biasa bagi awak susu sebotol kecik 4oz. Habis. Pastu awak meragam kacau mama. Tarik2 rambut mama. Mama sakit so mama keluar bilik terus masak. Sekali mama dengar kecoh2 kat dalam bilik. Rupanya awak muntah.
-Pas main2 kejap awak berak sekali lagi. Mama dah risau.
-Masa mama & papa makan, awak langsung tak kacau. Biasa awak sibuk je nak makan makanan papa.
-Awak duk elok je atas krusi sebelah mama. Sambil minum air ribena 2 botol.
-After that sekali lagi awak muntah semua air ribena tu.
-So, mama tak habis makan terus bersiap untuk ke klinik.
-Mama pilih klinik pakar kanak-kanak Saiful tapi tutup.
-So, nak g hospital, maybe pukul 1pagi baru boleh siap.
-So, mama & papa cari klinik lain. Dapat jumpa klinik Zalfah 24hour kat seksyen 4 bangi.

-Before that approach klinik UMMI SALMAH. tapi dah tutup sebab dah jam 9mlm.
-Buat treatment awak, kejap je tak sampai 5 minit dr AHmad Sabri tu cek.
-Charge RM35 je. Dapat ubat muntah , probiotik & ubat cirit.

6th day (5 August 2016)
-Pagi ni lagi sebak. Awak pegang pintu tak nak masuk taska. Cikgu liza da letak awak kat dalam taska. Awak meraung-raung tak nak masuk. Sedih mama.

No comments:

Post a Comment