Wednesday, 31 July 2013

Fake Eyelashes


Salam semua..

Hi kawan2..entry kali ni yaya nak pecahkan rahsia pasal bulu mata..maklumlah yaya ni dari kecik..kecik la sgt da terbiasa dgn bulu mata ni..so pada yg baru nak berjinak2 pakai bulu mata cam ratu bulu mata kite ni.."Che Ta"..sila la...kat bawah yaya da tunjuk latest eyelashes yaya..
RM5 at Times Square
Kat atas tu eyelashe yg yaya guna masa majlis kahwin yaya hari tu..Barbie eyes la katakan..

RM (NOT SURE) sepeket ada 5 pairs
Bulu mata kat atas ni pulak yaya pakai untuk kuar datim ataupun untuk event..kenduri kendara ke ape ke..

Here, yaya bagi video jenis eyelashes untuk panduan korang2 semua..have fun...


Wednesday, 24 July 2013

Nasi Kerabu Yaya Vogue

Salam..

Oleh kerana ada permintaan daripada sahabat meminta resipi nasi kerabu drpd yaya...maka terbinalah entry ini...sorry ye MIMI, lambat bagi resepi coz bz sangat..hehehehe

Ok.. Kat Bawah ni resepi yew..


NASI
Masukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

BAHAN ULAM:
Kacang panjang, Kubis, Timun, Daun kesum, Bunga kantan, Bawang besar, Kacang botol, Taugeh
  
SAMBAL KELAPA

BAHAN-BAHAN:
  • 3 ekor ikan kembung | dibakar dan diambil isinya boleh juga di goreng atau direbus (kalau rebus: letak sedikit garam dan asam sekeping).
  • Kelapa parut RM1
  • 1 batang serai (di potong halus supaya senang di tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • garam secukup rasa (anggar je 3 sudu gula untuk kelapa parut RM1)
  • Gula secukup rasa (anggar je 1 1/2 sudu gula untuk kelapa parut RM1)
CARA MEMASAK:

1 Kesemua bahan-bahan kecuali kelapa parut, garam dan gula ditumbuk sehingga halus.
2 Goreng kelapa parut sehingga kekuningan (jgn sampai warna coklat taw..kuning2 putih pun xpe..asal garing)
3 Kisarkan sekejap kelapa parut yang digoreng (jangan bagi hancur sgt)
4 Gaulkan bersama bahan yang ditumbuk (1)
5Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6Selepas gaul dengan sebati, goreng semula sambal kelapa untuk lebih garing
7Angkat dan sedia dihidangkan.


SAMBAL BUDU TUMIS

BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan santan
  • 5 biji cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan budu
  • gula secukup rasa
  • gula melaka
  • 1 serai ketuk 
  • 2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK:

1 Mula-mula kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit air.
2 Panaskan minyak dan masukkan bahan (1)
3 Bila bahan (1) sudah masak, masukkan santan dan kacau sehingga pecah minyak
4 Semasa mengacau santan silalah masukkan serai ketuk, daun limau purut, asam gelugur, budu, gula dan garam seukup rasa. Kacau hingga rata dan sebati.
3 Hidangkan bersama nasi kerabu.

LAUK: Telur MAsin, Ikan Celup Tepung, Ayam Bakar, Ayam Golek, Daging Bakar 

 BUDU: Hiris cili, bawang merah dan perah limau nipis ke dalam budu

Siap...selamat mencuba..Jangan lupa dihidangkan bersama keropok..




Thursday, 11 July 2013

Bazar Ramadhan Seksyen 16 Fasa 1 Bandar Baru Bangi 2013

Salam..

Masih belom terlambat lagi bagi yaya untuk mengucapkan selamat berpuasa di bulan yg mulia ini...so special entry hari ni adalah ditujukan khas buat kengkawan kite yang duduk di sekitar bandar baru bangi..khasnya buat para pelajar-pelajar baru ukm..hehehe...tetibe terpk nak buat something utk rujukan korunk...

Ok..enuff buat pengenalan..kite terus bercerita k..yaya nak gtaw tempat yang boleh korg lawati dan salah satu tempat yang strategik kat bandar baru bangi..sebagai Pasar Malam dan juga Bazar Ramadhan...

Waktu Pasar Malam Seksyen 16 Fasa 1 Bandar Baru Bangi adalah pada hari Selasa dan Sabtu..(Tq pada cikgu ELIA kerana memberi maklumat)
dan
Bazar Ramadhan di buka setiap hari sepanjang bulan ramadhan (bergantung pada peniaga OK)

so ape lagi?da taw lokasi mana nak tuju kan??
meh cuci mata tengok serba sedikit juadah untuk berbuka..

SCROLL DOWN yeaa..
Haaa...ini dia ayam bakar....yum..yummm





Kat bawah ni gambar nak menunjukkan ayam tengah di bakar...


Sedikit gambaran pada pukul 4.45 petang di bazar ok..masih tiada ramai orang waktu ini..parking pon kosong lagi..tapi kereta da berasak2 masuk la...kedai pun banyak yang baru mula nak berniaga..tak semua ada lagi waktu ni...


So..mari kita cuci mata dengan kuih muih atau puding @ beldo sebagai pencuci mulut..Dengan daya kreativiti peniaga menghasilkan juadah yang mampu menarik perhatian...BRAVO Malaysians...

ni yaya sediakan link cara wat beldo yang colourful cam kat bawah..step by step..resipi ikhlas daripada yaya the vogue..(uhuk3***)



Haaa...gambar kat bawah ni menunjukkan gerai ayam golek...nampak x kat depan van tuh..pak cik baru mula mengolek ayam tu..


Menu utama ramadhan..Ayam Golek..tu dia..ewah...ewah...kechur air liuq ambo..


Ni pulak..pelagai variasi air..air3...


Ni pula toufu fa..(**xtaw korunk panggil ape**)...


Ni plak makanan kelantan...LAKSAM...


Ni plak yaya xtaw name die..dua orang peniaga muda yang menjual dan membuat nya...ada 3 perasa..DAGING, KETAM, AYAM...nampak cam sedap...belom sempat buat da berduyun2 datang....harga RM1/pcs...satu set RM3..set adalah lengkap (daging + ketam + ayam)...masa yaya tengok die buat yg daging...kulit cam kulit popia berbentuk bulat diletakkan inti daging cincang dan sedikit sayur + sos..dan diatasnya letak sos dan tabur kekacang...SIAP


Ha...ni dia...bentuknya..


C...kat belakang tuh ada kambing golek..fuyooo...


Tu dia banner kambing golek..so far..yang yaya dapat survey ada 3-4 tempat yang jual kambing golek ni...


Ni dia...kawan sekerja..thanx to seha kerana sudi menumpangkan camera women ini..hehhee...n nik sebagai driver..hahahaha...(jgn marah)..tengok..banyak yang mereka borong...dua2 tangan penuh...


N...ni plak yaya beli nasi kerabu untuk juadah hari ke 2 di bulan mulia ini..harga RM5..beli kat gerai kak ayu..senior masa degree..

Kalau nak belajar buat nasi kerabu ni..boleh try resipi di link ni ya
http://yvogue.blogspot.com/2013/07/nasi-kerabu-yaya-vogue.html
 

Kat bawah ni plak gambar nasi ayam yaya pesan kat nik n seha tolong belikan pada 1st ramadhan..huhu..RM4.50...berbaloi2...ayam besaq gedabak..terkezut omak....



 Ok..setakat ini sahaja buat kamu semua...mai pakat membeli juadah di Seksyen 16 Fasa 1 Bandar Baru Bangi..
(IKLAN TIDAK BERBAYAR)..
.
.

Ada lagi sikit iklan...
P/S: untuk yang berminat nak taw suasana berbuka di masjid boleh refer link di bawah..tapi ni review tahun 2012 taw...

http://yvogue.blogspot.com/2012/07/selamat-berbuka-masjid-ukm.html

dan pilihan berbuka di Flamingo Steamboat...THE BEST...mai lihat menu2 nya...

http://yvogue.blogspot.com/2013/01/flaming-steamboat-buffet-4-ogos-2012.html