Sunday 13 June 2021

My Last Day at Zheng Food (M) Sdn Bhd

Assalamulaikum,

Ya Allah, hari ni di beri peluang untuk menulis di blog. 

14 Jun 2021 Isnin 
Hari ni hari terakhir officially yaya berkerja di Zheng Food  (M) Sdn Bhd, kilang buat frozen food mainly dimsum.

MasyaAllah, tidak disangka yaya tamat karier or perjalanan disini. Kerjaya di Zheng Food adalah antara kerjaya yang terindah dlm hidup yaya. Yaya tak dapat nak ulas menerusi penulisan. 

Secara ringkasnya, yaya berhenti disebabkan nasihat doktor pakar mengenai lifestyle. Kena ubah. So decide to end my carrier here. (Hanya Allah shj tahu kesedihan dan ujian ini).

Sepanjang perjalanan karier di Zheng Food, banyak yaya pelajari. Banyak menimba ilmu dari pelbagai segi. Terima kasih tidak terhingga kepada Ms Carrmen yang bagi peluang dan kepercayaan pada yaya untuk menjadi Sales & Marketing Exec di Zheng Food. Tanpanya peluang ini tidak dapat yaya capai. Terima kasih juga pada Pn Lulu Afra selaku HR yang telah menapis yaya semasa hari interview. Hanya Allah swt yang mampu untuk membalas jasa2 anda.

Terima kasih juga buat Mr Wilson selaku boss di Zheng Food kerana menerima yaya sbg pekerja. Terima kasih juga buat semua pekerja di Zheng Food, banyak membantu dari segala segi. Terima kasih juga buat Pn Norazlyn, my buddy.

Tiada kata yang yaya boleh express. Hanya jutaan terima kasih buat semua sepanjang perkenalan.

#4years3months
#zhengfoodhalaldimsum