Saturday 26 October 2019

Persiapan sebelum bersalin

Salam semua,

Dah lama sgt2 tak mengarang..dlm draft ada la lebih 50 post yg tulis separuh jalan..bila nk post mmg dah hilang ingatan la..blh ke post posting separuh je..ada jugak yg kene nanti kan??

Ok la..jgn membebel sgt kang tak hbs cerita harini..

Seperti sebelum ni, cara yaya persiapkan diri nk bersalin;

1. Mengurut
2. Spa muka 
3. Spa kaki
4. Rambut (Cuci dan potong)

Ha...nk review sahaja mungkin bermanfaat..

1. Mengurut
* biasa urut kaki je, tu pun tukang urut tak urut tekan2 sgt.. just biasa2 shj...sbb kebelakangan ni always cramp kaki kiri dan kanan. Biasanya sebab selalu lupa nk berselimut dan yaya ni sejenis spesis yg tak suka pakai stokin. Rimas sgt. Dari zaman anak dara lagi, konon kpop la sgt. Nak tido pakai stokin comel2. Tapi bangun pagi confirm takde stokin.

See..bebel lagi...

Tempat urut : MYDIN Mall Semenyih Ground Floor
Harga: RM20 + RM5 (Minyak Halia) 
Total RM25
*Price fixed since 2016*
Masa mengurut: 30minit
Nama pengurut: Kak Maurine (Highly suggested)

Last date yaya urut 11/10/2019.

Reason urut: Last night cramp kedua-dua belah kaki.

Biasa urut sebulan sekali. Kat sini hanya provide urutan kaki shj. Untuk lelaki dan perempuan. Mesra untuk muslim sbb dia akan letak penghadang.

Urutan badan pula tak disarankan untuk wanita hamil. Tapi biasa untuk persiapan bersalin orang akan urut susu. 

2. Spa Muka

The best spa dekat bangi Seri Aida Beauty, yaya start buat facial kat sini dari tahun 2013 lagi. Dah 5 tahun la. So far yaya suka buat spa kat sini, cuma sakit nauzubillah..hahahahaa..tapi nak cantikkan..biasa la beauty is pain..

Bukan sakit apa, sbb yaya selalu buat treatment keluarkan jerawat tu, dia picit...mmg sakit la..tp hasil puas hati, sbb kalau picit sendiri akan bengkak dan kadang kalau sakit sgt nanti stop. 

Kat sini dia mmg picit habis, sampai gigi rambut kalau ada jerawat pun dia picit. Lepas tu, muka dah xde blackhead and whitehead. Terbaiklah.

Tempat spa muka : Seri Aida Beauty, Bangi (Dekat dengan KipMall)
Harga: RM90 (Resdung Treatment and Acne) + RM25 (Collagen) + RM10 (Acne Serum)
Masa yang diperlukan untuk treatment : 2jam (depend pada waktu menunggu juga ya, sebab sini tiada booking appointment, first come first serve).

Total RM125

Last date yaya treatment 26/10/2019.
3. Spa kaki

Sama tempat mengurut tadi, spa kaki ni best buat sebab nanti kaki yg macam yaya ni, tak suka pakai stokin akan pecah dan tak lembut. Bila buat dia tahan la sebulan atau lebih depend pada penjagaan.

Tempat spa kaki : MYDIN Mall Semenyih Ground Floor
Harga: Depend pada kondisi kaki tu. Biasa yaya buat RM60.
Total RM60

4. Rambut (Cuci dan potong)

Rambut juga memainkan peranan penting untuk berpantang. Dalam masa pregnant ni sehari sekali kene syampoo sebab berpeluh sgt. 

Best taw cuci rambut kat sini, dia urut pergh..best la..tapi kejap je la urut leher tu..berpatutan la dgn harga ya..

Tukang gunting rambut pun sedap mata memandang dan sangat ramah.

Tempat Salon Rambut : MYDIN Mall Semenyih First Floor
Harga: RM20 (Cuci sahaja)
Barber: Nikma

Last date yaya cuci rambut 26/10/2019.

So, kesayangan itu sahaja coretan yaya. Moga diberi kesempatan untuk mengarang lagi.

Amin.

Moga penulisan ini bermanfaat untuk semua yang membacanya.