Wednesday 24 July 2013

Nasi Kerabu Yaya Vogue

Salam..

Oleh kerana ada permintaan daripada sahabat meminta resipi nasi kerabu drpd yaya...maka terbinalah entry ini...sorry ye MIMI, lambat bagi resepi coz bz sangat..hehehehe

Ok.. Kat Bawah ni resepi yew..


NASI
Masukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

BAHAN ULAM:
Kacang panjang, Kubis, Timun, Daun kesum, Bunga kantan, Bawang besar, Kacang botol, Taugeh
  
SAMBAL KELAPA

BAHAN-BAHAN:
  • 3 ekor ikan kembung | dibakar dan diambil isinya boleh juga di goreng atau direbus (kalau rebus: letak sedikit garam dan asam sekeping).
  • Kelapa parut RM1
  • 1 batang serai (di potong halus supaya senang di tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • garam secukup rasa (anggar je 3 sudu gula untuk kelapa parut RM1)
  • Gula secukup rasa (anggar je 1 1/2 sudu gula untuk kelapa parut RM1)
CARA MEMASAK:

1 Kesemua bahan-bahan kecuali kelapa parut, garam dan gula ditumbuk sehingga halus.
2 Goreng kelapa parut sehingga kekuningan (jgn sampai warna coklat taw..kuning2 putih pun xpe..asal garing)
3 Kisarkan sekejap kelapa parut yang digoreng (jangan bagi hancur sgt)
4 Gaulkan bersama bahan yang ditumbuk (1)
5Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6Selepas gaul dengan sebati, goreng semula sambal kelapa untuk lebih garing
7Angkat dan sedia dihidangkan.


SAMBAL BUDU TUMIS

BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan santan
  • 5 biji cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan budu
  • gula secukup rasa
  • gula melaka
  • 1 serai ketuk 
  • 2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK:

1 Mula-mula kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit air.
2 Panaskan minyak dan masukkan bahan (1)
3 Bila bahan (1) sudah masak, masukkan santan dan kacau sehingga pecah minyak
4 Semasa mengacau santan silalah masukkan serai ketuk, daun limau purut, asam gelugur, budu, gula dan garam seukup rasa. Kacau hingga rata dan sebati.
3 Hidangkan bersama nasi kerabu.

LAUK: Telur MAsin, Ikan Celup Tepung, Ayam Bakar, Ayam Golek, Daging Bakar 

 BUDU: Hiris cili, bawang merah dan perah limau nipis ke dalam budu

Siap...selamat mencuba..Jangan lupa dihidangkan bersama keropok..




No comments:

Post a Comment