Salam semua,
Hari ni yaya nak membebel sikit mengenai pengurusan CRIM, UKM.. act, ini disebabkan semalam adalah hari pemakluman keputusan Zamalah Penyelidikan bagi Sem II, Sesi 2014/2015.. Sedih baq hang bila call Cik Izyani, dia cakap borang xde diterima pun..so nama memang xdisenaraikan untuk tindakan penilaian.
Begini al kisahnya.. yaya da tunggu sedari sem I (time pantang bersalin) lagi untuk buat permohonan, seminggu 2 kali call.. memang Cik Izyani pon annoyed dgn yaya ni..da tebal ckit muka suh husband plak call.. seminggu dua kali sebab takut miss tarikh buka application..
Ceritanya bila pps serah kuasa pada CRIM, so zamalah CRIM yang handle, data student yang dapat zamalah memang tiada.. so dengan kata lain..kene buat permohonan baru..sebab satu sem yaya tangguh pengajian..
Permohonan dibuka pada 5 Mac 2015-20 Mac 2015, nak dijadikan cerita plak..pengarah off pergi Jepun n macam2 komitment nak kene buat, siapkan report dan siapkan permohonan geran. So, yaya terpaksa hantar last date 20 Mac 2015.
Cerita di depan Pejabat CRIM UKM, 20 Mac 2015, Jumaat
Pukul 2.30 petang da tencengang di pintu depan CRIM, semangat berkobar2 nak hantar ni..waktu tu ada seorang girl indian tunggu jugak. So, sama-samalah menunggu pintu CRIM dibuka pada jam 3.00 petang sebab hari tu hari Jumaat. Tepat jam 3.00 petang ada staff CRIM tanya nak jumpa siapa. Girl indian dari FST tu cakap nak hantar borang application zamalah. So, staff lelaki tersebut cakap just drop kat tempat surat masuk. Kami pon berpusu-pusu letak borang tu kat peti masuk.
P/S: sesiapa yang terbaca post ini yaya mencari bukti penghantaran bersama girl tahun 1 FST Indian. Mohon kerjasama jika mengenali yaya. Yaya pon ingat tak ingat muka dia. Tapi sempat berkenalan tanya fakulti n tahun berapa. Siap pinjam stapler dia untuk stapple borang.
Continue...
Hari ni 22 April 2015, yaya buat surat sokongan daripada Pengarah Lestari untuk hantar semula copy permohonan zamalah tersebut seperti yang disarankan Cik Izyani.
Nasib baik Cik Izyani yang comel serta cute tu sangat baik orangnya.
Pagi2 yaya pergi ke CRIM sekali lagi untuk make sure n mencari borang yaya yang hilang. Yaya tanya dekat setiausaha (PA) pengarah CRIM takot2 terambil borang yaya. Tapi Puan Norharizan Alias mengesahkan mmg tak ambil. Coz semua borang atau surat akan dibuka di kaunter penerimaan dan di agihkan terus.
Pengajaran dari kesilapan ini, yes, yaya buat copy. Tapi itu tak dapat nak kukuhkan yang yaya telah hantar. So peringatan buat semua. Jika ada apa2 surat yang nak dihantar please..please..please mintak cop penerimaan sebagai bukti.
Last dari yaya..please cari Indian Girl FST Tahun satu yang hantar borang sama-sama dengan yaya.
I NEED HER!!!
PLEASE CONTACT ME 01129079476
atau fb: https://www.facebook.com/mirabilis24?fref=nf
Kat sini yaya attach gambar yaya untuk beliau id yaya..please..harap awak ingat muka saya even jumpa sekali n pinjam stapler awak..
No comments:
Post a Comment