Thursday 18 September 2014

Seri Aida Cosmetic & Beauty Spa

Salam semua..

Hari ni yaya nak update mengenai rawatan muka di Seri Aida Spa..Seri Aida Spa ni lokasi dia dekat bangi Warta...
1. Kompleks Diamond Seksyen 16 BBB (Berhampiran warta)
2. Kompleks Bangi Utama,Warta (Aras 3 kalau tak silap)

Untuk lebih detail dan pertanyaan boleh inbox FB:
https://www.facebook.com/pages/Seri-Aida-Cosmetic-Beauty/122113577861972

Apa yang best spa ni??
1.Dimiliki oleh orang muslim..
2. Layanan sangat baik dan dia mementingkan pelanggan setia.
3. Harga sangat berpatutan walaupun nampak high end punya spa.

Kat bawah ni pamplet yang diberi..


Kat bawah ni resit treatment yaya dan list treatment yang boleh dibuat di spa ni
Sepatutnya RM105.00 sahaja tapi yaya beli set Skin Refining (RM90) dan sabun (RM35) tu yang bertambah2 harga..tapi ok la daripada treatment kat New York Skin Care RM350 + Produk semua total RM700++ bagi sekali treatment..

Resit 6/9/2014

Kat bawah ni kad loyalty..setiap 3 kali treatment dapat 1 FREE normal facial..tapi kad ni ada expired..hanya sah digunakan dalam tempoh 2 bulan..coz sepatutnya treatment kene buat seelok2nya 2 minggu sekali..



Yaya buat Acne Treatment dan Masker Rose..so biasalah..
1. Cuci muka guna milk (untuk cuci make up)
2. Cuci muka guna pembersih muka
3. Rawatan stim muka
4. Picit jerawat sampai habis
5. Bersihkan muka
6. Letak Mask

Feedback drpd yaya:
Best buat rawatan kat spa ni...sebab after buat acne treatment..muka tak sebengkak masa buat treament kat NY dulu..then dia punya beautician pandai handle picit2 jerawat..(maksud yaya jika jerawat tertumpu bahagian dagu..dia picit, so kita akan sakit yang amat..then die cuba picit tempat lain..so xde la sakit sangat)..tapi sememangnya picit jerawat ni memang sakitlah..hohoo..
Tapi kalau nak dibandingkan cara rawatan dekat spa Suri di seksyen 4 tambahan bandar baru bangi lagi syok..coz ada extra urutan..massage di kawasan muka dan leher dia best..dekat Seri Aida dia massage muka biasa2 jew..urut bahu n leher pun slow..tak terasa sangat..

Tapi di Seri Aida tak perlu buat appoinment..tema dia..First Come First Serve..so tunggu la giliran..manakala di Suri Beauty Spa jenuh call untuk dapatkan appoinment..nak cari masa yang seswai..

1 comment: