Tuesday 30 October 2012

Beldo Oh Beldo...In The Making..

Beldo Oh Beldo @ Agar- agar

Salam semua..hari ni yaya nak berkongsi resipi buat agar2..hahaha..resepi la sangatkan..walhal senang sgt buatnya..
Agar-agar adalah sejenis pencuci mulut yang sangat sedap di makan ketika ianya baru di keluarkan daripada peti sejuk..nyummm...sejuk..Agar2 dalam loghat kelantan di panggil 'beldo', atau 'beledo'.
Kalau nak citer pasal agar2 ni banyak sangat..ada satu kisah yang maa yaya cerita..kawan dia, baru belajar buat agar2 ni..sekali die masak kat dapur tak pekat2 pun agar2 dia..then die letak kat dalam bekas..still tak keras..last2 dia campak ke tanah..dia cakap, agar2 dia tak menjadi..petangnya die lihat..agar2 nya beku di atas tanah tu..
Hhaahahahaa..xkelakar pun..
Ok2..da stop membebel..
Meh kita buat agar2 ni...

Jenis agar-agar
Kat atas ni gambar jenis agar2..agar2 terbahagi kepada 2..iaitu agar2 serbuk dan agar2 bertali..Pada pendapat yaya agar2 serbuk lagi senang nak buat..1st choice adalah agar2 cap bintang yang plastik putih bintang kat tengah tue...2nd choice baru amek yg cap swallow sun tue..kalo kat kelantan byk yg jenis cap bintang jew..tapi kali ni dua2 serbuk habis kat kedai yg yaya pergi cari bahan2 mentah..so nak tak nak..amek jew agar2 tali..leceh nya agar2 tali ni..susah nak cair..nanti die akan berketul2..tak tahu nak buat camne..coz yaya da banyak kali buat..still jadi cam2 gak..

Bahan2:
Agar2 tali satu plastik
Susu cair setin
Gula  3 senduk (saiz senduk sederhana)
Gula batu ~ sebesar ibu jari
Vanila ~satu sudu kecil
Air 1200ml

Actually kalau yang baru nak belajar tu..boleh jew tiru resepi kat plastik agar2 tu..tapi yaya ni suka wat resepi sendiri..kreatif katakan..

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air ke dalam periuk, panaskan api (nak kena mention ka???)...huhu..biar air mendidih, masukkan agar2 tali tersebut..kacau sehingga ianya cair..then, masukkan vanila, gula dan gula batu...
Lepas tu asing-asingkan satu senduk setiap bekas untuk colourkan nya..seperti gambar di bawah..Warnakan nya dengan pewarna makanan yang sesuai ok...kalau terdesak guna sirap pun boleh..yang hitam boleh guna cincau yang ready made kat pasar tu..

Colourful Jelly
Ok..buat camni k..lepas tu sejukkan die..ni panas2 taw..baru senduk dari periuk yang tenga mendidih..ada dua cara nak bagi cepat..letak depan kipas atau pun letak dalam peti ais..tapi mostly untuk jaga peti ais, tak nak bagi cepat rosak..biasanya letak depan kipas jew..
Setelah settle part senduk menyenduk ni..letakkan susu dalam lebihan agar2 yang di masak tadi...kacau sehingga sebati, menggunakan api yang slow..eh2 lupa..sepanjang proses guna api yang slow yew..sebelum letak agar2 tali tu jew api besar untuk didihkan air.

Campuran warna biru dan merah
Next step: aktiviti potong memotong...ni lah hasilnya..

Agar2 merah
Ni agar2 merah..potong dadu  semuanya

Agar2 biru

Kesan agar2 yang tak hancur

Pink

Ni lah hasil kerja..hp kat sebelah..tett..

Siap
Setelah selesai memotong agar2 itu...campakkan kedalam agar2 yang diletakkan susu tadi....suka hati n random k..

Hasilnya
Perlu di biarkan sebentar dekat luar dan seterusnya letak dalam peti ais..kalau tak letak dalam peti ais pun tak pe...agar2 ni akan beku juga..




Siap di potong










Sedapkan???



Siap di potong

Siap sedia untuk dibawa ke pejabat

No comments:

Post a Comment