Saturday, 24 March 2012

Tutorial Love Keychain (Yaya Craft)

 Salam..hari ni yaya dengan berbaik hati ingin mengajar kamu semua camne nak buat 'Love Keychain'..iaitu salah satu produk daripada Yaya Craft..kalau nak tahu lebih lanjut klik link ni..http://www.facebook.com/media/set/?set=a.193092587466236.38679.100002964884987&type=3

Love Key chain

1. Tekap corak love ke atas felt dengan menggunakan pen.

2. Hasil daripada lukisan corak 'love'.

3. Guntingkan bentuk 'love' mengikut garisan yang telah dilukiskan.


4. Tekapkan bentuk 'love' yang kecil ke atas felt berwarna putih dan ulang cara 1-3.

5. Hasil gunting felt yang telah dibentuk.

6. Gamkan @ lekatkan felt putih berbentuk 'love' yang kecil keatas felt pink yang besar .

7. Mula hasilkan nama. (Potong felt putih untuk menghasilkan abjad yang dikehendaki).

8. Sediakan reben untuk letak rantai key-chain.

9. Jahit felt dengan corak yang disukai..lekatkan reben (gambar 8) pada tengah 'love' (bahagian belakang).

10. Hasilnya.

11. Felt yang telah dibentuk abjadnya dilekatkan menggunakan gam UHU & dijahit.

12. Cara menjahit tepi felt.

13. Jahitan tepi felt.

14. Keychain Love yang telah siap dipacking khas buat customer Yatie Mohd  Nor daripada UKM, Bangi...Belian kali kedua selepas berpuas hati dengan beli keychain couple domo-kun..Jutaan terima kasih.

15. Gambar pandangan belakang iaitu nama2 yang telah ditempah.

Akhir kata daripada Yaya Craft..Selamat Mencuba..Kalau berminat untu membuat tempahan sila  inbox Yaya Craft (facebook) atau comment di entry ini..

5 comments:

  1. kt dlm tu ade isi ea? ape nme bnda tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear Miss Five DIY..dalam tu isi fiber..
      saya ada jual..https://www.facebook.com/yaya.craft.9?fref=ts

      Salam semua...ada sesiapa berminat nak order fiber bantal tak???
      RM20 sekilo
      RM18 sekilo untuk 2kg - 10kg
      RM16 sekilo untuk 11kg - 20kg dan ke atas
      Kualiti : Putih dan sangat gebu
      COD Bangi Sahaja.

      Delete