Sepetang berjalan2 di Alamanda Putrajaya..aku memerhati gerak geri makhluk ciptaan ilahi bergelar manusia..Ya Allah...Agungnya ciptaan mu..Kelihatan gelak tawa hidup insan2 yg tengah dilamun cinta, telah bercinta,dan ingin bercinta (mengarut sikit disitu..huhu)..Sesungguhnya Allah s.w.t telah ciptakan kita wahai manusia dengan pelbagai bentuk kejadian ada yg kurus, ada yg gemuk, ada yg pendek, ada yg tinggi, ada juga yang hodoh dan ada yang cantik..semuanya membuatkan manusia itu saling BERSYUKUR dengan kejadiannya.
Disini aku jelaskan dimana keistimewaan yang insan ini perolehi walaupun memiliki kekurangan..mereka walaupun tidak sempurna rupa paras namun diberikan otak yang geliga, hati yang suci, jiwa yang tenang menghadapi cabaran, rezeki yang melimpah ruah, disayangi dan dikasihi..
Tidak dinafikan si penulis berumur 24tahun dan kini sedang belajar erti hidup..belajar berdiri di kaki sendiri..Alangkah indahnya dunia ini, walaupun dugaan datang dan terus menerus di uji, namun aku sedar, semua yg termaktub...Sesungguhnya aku mendoakan semoga umat islam mendapat petunjuk dari mu, Ya Allah..