Haa..ni nak citer pasal sijil yaya hilang la...sijil UPSR...korg
mesti ingat kan gred pew korg dapat..Almaklumlah..byk sgt gred
yg yaya dapat..so xingt yg mane satu...huhhuhu...
So..kat bawah ni reminder utk yaya..camne nak mohon sijil
tue...kalo kowg senasib ngan yaya..ley la refer..
MANUAL PERMOHONAN
Sekiranya ingin mendapatkan salinan sijil yang
hilang/musnah/tidak dituntut boleh dibuat melalui pos
atau datang sendiri ke kaunter sijil Lembaga
Peperiksaan Malaysia Aras 1 Blok E 11 Putrajaya.
Cara permohonan salinan sijil adalah seperti berikut:
- Wang Pos bernilai RM 10.00 (atas nama Pengarah Peperiksaan)
- Surat Akuan Sumpah atau Laporan Polis tentang kehilangan sijil (hanya permohonan secara pos)
- Sampul surat beralamat sendiri dan bersetem
- Tempoh proses 4 minggu dari tarik menerima permohonan
Sila alamatkan pada :
Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
(U.P: Unit Pengurusan Maklumat dan Data)
Sila layari laman web lpm di
http://www.moe.gov.my/lpm/ untuk keterangan lanjut.
Salinan sijil hanya diproses di LPM Putrajaya.
Setiap salinan sijil dikenakan wang pos RM 10.00
Terima kasih,
Harap maklum
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia